...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

[Raja Petra] Kepada Siapa Yang Membunyikan Loceng (For Whom The Bell Tolls)

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Kepada Siapa Yang Membunyikan Loceng (For Whom The Bell Tolls)




Siapa pengkhianat di sini? Adakah pengkhianat mereka yang berhijrah mencari kehidupan yang lebih baik seperti apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad? Atau pengkhianat mereka yang tidak mahu mengiktiraf pengorbanan dan jasa pendatang di Malaya dari tahun 1800-an ke 1900-an?


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Menurut seorang Menteri UMNO, rakyat Malaysia yang “berhijrah” ke negara lain adalah pengkhianat. Adakah beliau bercakap bagi pihak kerajaan Malaysia, atau UMNO, BN, atau kaum Melayu atau umat Islam?

Orang Melayu selalu memaki-hamun dan berpekik yang Islam adalah segala-galanya dan selebihnya tidak penting. Contoh terbaik ialah ahli parlimen Kulim, daripada parti PKR yang dianggap liberal, berkali-kali berkata bahawa beliau meletakkan Islam mendahului segala-galanya, termasuk tugas beliau sebagai ahli parlimen. Sekarang mari kita anggap bahawa Ahmad Husni Hanadzlah, sebagai seorang Islam, juga bercakap daripada perspektif Islam.

Islam berkata bahawa jika anda ditindas, didiskrimasi oleh sebuah regim yang kejam, adalah wajib untuk anda berhijrah. Hijrah merupakan konsep yang amat penting dalam Islam. Allah mengarahkan Nabi Muhammad untuk berhijrah, dan kalendar Islam bermula pada tahun hijrah.

Sekarang renung-renungkanlah. Adakah Menteri UMNO tersebut menuduh Nabi Muhammad seorang pengkhianat?

Ramai orang Malaysia berkorban kerana negara kita. Orang India dan Cina datang ke negara Malaya di antara tahun 1800 ke 1920. Selepas itu, British mengetatkan polisi imigrasi dan tidak lagi membawa buruh daripada India dan China untuk bekerja di landasan keretapi, ladang dan lombong di Malaya.

Tetapi ini tidak bermakna imigrasi telah berhenti selepas itu. British masih membawa rakyat India untuk bekerja di sektor awam dan untuk bekerja sebagai guru sekolah. Ini kerana pada masa itu, Melayu tempatan kurang menguasai Bahasa Inggeris berbanding rakyat India. Oleh yang demikian, rakyat India diperlukan sebagai kakitangan awam dan guru.

Ayah Tun Dr Mahathir ialah contoh seorang guru bahasa Inggeris yang datang dari India, dan mengahwini seorang perempuan Melayu tempatan.

Ramai pendatang India dan China berkahwin di Malaya, setengahnya kepada rakyat senegara dan setengahnya kepada Melayu tempatan (ini sebabnya banyak Melayu hari ini mempunyai iras Cina dan India). Anak-anak mereka dilahirkan di Malaya, dan merupakan rakyat Malaysia hari ini yang berbangsa Cina dan India. Ramai di antara mereka tidak pernah menjejak kaki di India atau China dari hari mereka lahir.

Ibu bapa mereka dan datuk-nenek mereka (ada yang merupakan generasi ketiga atau keempat di Malaysia dan setengahnya, seperti Cina di Melaka, telah berada di sini sejak 500 tahun lalu) datang ke Malaya untuk bekerja dan menghembuskan nafas terakhir di negara ini. Dan sesetengah “pendatang” ini telah berada di negara ini jauh lebih lama daripada sesetengah Melayu yang merupakan generasi kedua atau ketiga.

Perdebatan tentang siapa yang datang dahulu adalah perkara yang tidak mudah diselesaikan. Ada Cina dan India yang telah berada di sini sejak beratus tahun dahulu, dan ada Melayu yang hanya berada di sini kurang daripada seratus tahun. Namun demikian, artikel ini bukanlah untuk betengkar mengenai siapa yang lebih layak digelar “Bumiputera”

Semua daripada kita merupakan anak kepada pendatang. Sukar untuk kita mengkategorikan tiga bangsa ini secara umum. Ia sesuatu yang harus dilihat satu-persatu. Keluarga saya datang ke Malaya pada tahun 1700-an. Keluarga Tian Chua datang lebih awal daripada itu. Dr Mahathir dan Khir Toyo merupakan rakyat Malaysia generasi kedua walaupun seorang pernah menjadi Perdana Menteri dan seorang lagi Menteri Besar.

Sekali lagi, artikel ini bukan untuk membincangkan siapa yang lebih Bumiputra, kerana kita boleh berdebat siang dan malam dan sehingga kucing bertanduk pun kita tidak akan mencapai kata sepakat. Apa yang saya ingin ketengahkan di sini ialah siapa yang telah berjasa kepada negara ini dan oleh yang itu, layak digelar sebagai rakyat yang cinta negara.

Landasan keretapi, jalan raya, jambatan dan bangunan di negara ini, sehingga ke tahun 1980-an (lebih daripada 100 tahun) dibina oleh India dan Cina (bukan Melayu). Saya masih ingat pada tahun 1970-an, saya melihat pekerja India bertungkus lumus di bawah matahari yang terik membina jalan dan landasan keretapi. Mereka turut bekerja di estet dan ladang. Sama juga bagi lombong timah dan industri bangunan, yang kebanyakannya diusahakan orang Cina.

Dan ramai yang terkorban. Banyak kes di mana pekerja Cina maut akibat wabak penyakit dan perang dan pekerja baru terpaksa dibawa daripada China untuk menggantikan yang terkorban. Hidup mereka penuh kesengsaraan.

Di Malaya pada masa itu, sektor awam, perundangan, pendidikan bergantung kepada rakyat India yang menerima pendidikan Inggeris (India pada masa itu di bawah naungan British). Selepas 1920-an, Melayu tempatan mula mengisi jawatan di sektor awam setelah menerima cukup pendidikan Inggeris. Walau bagaimanapun, ketika negara kita merdeka, negara masih bergantung kepada golongan pendatang kerana rakyat tempatan masih kurang yang menerima pendidikan yang cukup.

Hampir kesemua golongan ini yang pada mulanya dibawa dari Cina dan India, anak, cucu mereka yang dilahirkan di Malaysia merupakan rakyat Cina dan India yang anda lihat di Malaysia hari ini.

Kesimpulannya, negara ini dibina oleh yang bukan Melayu. Apa yang kita ada hari ini merupakan keringat bukan Melayu. Pada awalnya, ekonomi Malaya bergantung kepada getah dan timah, sebelum kita mempunyai industri berat dan kilang-kilang. Dan hanya kerana adanya pendatang India dan Cina kita mempunyai sektor pelombongan dan peladangan yang berjaya. Kalau bukan kerana ini, Malaysia hari ini mungkin di antara negara termiskin di dunia.

Selain itu, kita pernah mengalami tiga perang, Perang Dunia Kedua, perang Komunis dan Konfrontasi dengan Indonesia. Bukan hanya orang Malaya, tetapi juga orang putih, orang Afrika, orang Fiji, orang Gujerat, orang India, Punjabi, Bengali dan banyak lagi, terkorban dalam peperangan ini. Tidak dinafikan, Melayu juga banyak yang terkorban. Tetapi mereka bukannya satu-satunya golongan yang terkorban.

Pokoknya, adakah pengorbanan golongan bukan Melayu diingati hari ini? Ada Melayu hari ini yang terpekik terlolong bahawa negara ini kepunyaan mereka. Mereka kata ini Tanah Melayu. Tetapi kita mungkin tidak ada negara yang kita ada hari ini tanpa pengorbanan bukan Melayu. Jika bukan kerana mereka, kita mungkin hanya satu wilayah Indonesia hari ini.

Apabila Melayu bercakap tentang berkorban untuk negara, mereka selalunya menumpukan kepada tiga perang ini. Tetapi angka korban bagi perang adalah kecil berbanding dengan yang terkorban kerana berkhidmat untuk negara ini dalam aspek lain. Dan ini tidak termasuk yang menignnggal dunia kerana usia tua selepas menghabiskan seluruh hidup mereka di negara ini sebagai seorang rakyat.

Tetapi bagaimana kita membalas budi mereka, dan anak-anak dan cucu-cucu mereka yang bukan Melayu? Kita menghina mereka (pendatang!). Kita mengancam mereka (jangan cabar Melayu!). Kita mendiskriminasi terhadap mereka (hak-hak Bumiputra!). Kita menindas mereka dan menganggap mereka sebagai rakyat kelas kedua. Kita tidak menghiraukan budi datuk nenek mereka yang menghabiskan hidup berbakti untuk negara kita.

Jadi mereka berasa terkilan. Mereka berasa bahawa pengorbanan dan bakti datuk nenek mere tidak dihargai. Jadi mereka mengambil keputusan pergi ke negara lain di mana bakat mereka lebih dihargai. Mereka meninggalkan Malaysia kerana tidak tahan dengan kecaman “baliklah ke China atau India. Ini Tanah Melayu!”.

Siapa pengkhianat di sini? Adakah pengkhianat mereka yang berhijrah mencari kehidupan yang lebih baik seperti apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad? Atau pengkhianat mereka yang tidak mahu mengiktiraf pengorbanan dan jasa pendatang di Malaya dari tahun 1800-an ke 1900-an?

Menteri Umno patut mengambil ujian sejarah sebelum mereka menjadi Menteri. Mereka juga patut mengambil ujian bohong setiap kali mereka membuka mulut mereka.

Bak kata orang Melayu: bodoh suduh cukup teruk. Bodoh sombong tidak boleh dimaafkan. Dan Menteri Umno hanya satu: bodoh sombong.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

ADDENDUM
Combatants in the Malayan Emergency

United Kingdom

Australia

New Zealand

Federation of Malaya

Rhodesia

Fiji

Various British East African colonies

Breakdown of the combatants in the Malayan Emergency

250,000 Malayan Home Guard troops

40,000 regular Commonwealth personnel

37,000 Special Constables

24,000 Federation Police

Casualties in the Malayan Emergency

Killed: 1,346 Malayan troops and police (of many races) and 519 British military personnel

Wounded: 2,406 Malayans (of many races) and British troops/police

Civilian: 2,478 killed, 810 missing (of many races including 'Mat Salleh')

Malaysian-Indonesian Konfrontasi

Combatants in the Konfrontasi

Malaysia

United Kingdom

Australia

New Zealand

And with support from the United States

Allied Casualties

114 killed

181 wounded

Indonesian Casualties

590 killed

222 wounded

Civilian casualties

36 killed

53 wounded

4 taken prisoner

The forces that served during the Konfrontasi period to secure Malaysia’s freedom and independence

United Kingdom

Royal Navy:

40 Commando Royal Marines

42 Commando Royal Marines

Sections of Special Boat Service

Detachments of 845 Naval Air Squadron (Wessex)

Detachments of 846 Naval Air Squadron (Whirlwind)

Detachments of 848 Naval Air Squadron (Wessex)

849 NAS Fairey Gannet AEW on HMS Victorious

British Army

Squadron of Life Guards

Squadrons of 1st The Queen's Dragoon Guards

Squadrons of Queen's Royal Irish Hussars

Squadrons of 4th Royal Tank Regiment

H Squadron of 5th Royal Tank Regiment

4th Light Regiment Royal Artillery (comprising 29 (Corunna), 88 (Arracan), 97 (Lawsons Company) Light Batteries)

V Light, 132 (Bengal Rocket Troop) Medium Batteries (of 6th Light Regiment Royal Artillery)

T (Shah Sujah’s Troop) and 9 (Plassey) Light Anti Defence Batteries (of 12th Light Air Defence Regiment)

30 Light Anti Defence Battery (Roger’s Company) (of 16th Light Air Defence Regiment)

53 (Louisburg) Light Anti Defence Battery (of 22nd Light Air Defence Regiment)

11 (Sphinx) Light Anti Defence Battery (of 34th Light Air Defence Regiment)

40th Light Regiment Royal Artillery (comprising 38 (Seringapatum), 129 (Dragon), 137 (Java) Light Batteries)*

70 Light, 176 (Abu Klea) Light, 170 (Imjin) Medium Batteries (of 45th Light Regiment Royal Artillery)

8 (Alma), 7 (Sphinx), 79 (Kirkee), 145 (Maiwand), Commando Light Batteries (of 29th and 95th Commando Light Regiments, Royal Artillery)

1st Battalion, Scots Guards

Guards Independent Parachute Company

1st Battalion, King's Own Scottish Borderers

1st Battalion, Gordon Highlanders

1st Battalion, Royal Ulster Rifles

1st Battalion, Queen's Own Highlanders

1st Battalion, Queen's Own Buffs, The Royal Kent Regiment

1st Battalion, Durham Light Infantry

1st Battalion, Argyll and Sutherland Highlanders

1st Battalion, Royal Leicestershire Regiment

1st Battalion, King's Own Yorkshire Light Infantry

1st Green Jackets (43rd and 52nd)

2nd Green Jackets, The King's Royal Rifle Corps

3rd Green Jackets, The Rifle Brigade

2nd Battalion, The Parachute Regiment

D Company, 3rd Battalion, The Parachute Regiment

1st Battalion, Royal Hampshire Regiment

22 Special Air Service

1st and 2nd Battalions of 2nd Gurkha Rifles

1st and 2nd Battalions, 6th Gurkha Rifles;

1st and 2nd Battalions, 7th Gurkha Rifles;

1st and 2nd Battalions, 10th Gurkha Rifles;

Gurkha Independent Parachute Company

Detachments 656 Squadron Army Air Corps

Various units from Corps of Royal Engineers

Various units from the Royal Corps of Signals

RAF

Detachments 15 Squadron RAF Regiment

Detachments 34 Squadron (Beverley) stationed in Singapore

Detachments 48 Squadron (Hastings and Beverley) stationed at RAF Changi, Singapore

Detachments 209 Squadron (Pioneer and Twin Pioneer)

Detachments 52 Squadron (Valetta) stationed at RAF Butterworth, Malaya

Detachments 66 Squadron (Belvedere) stationed at RAF Seletar, Singapore

Detachments 103 Squadron (Westland Whirlwind HC 10) stationed at RAF Seletar, Singapore

Detachments 110 Squadron (Westland Sycamore then Whirlwind) stationed at RAF Seletar, Singapore

Detachments 205 Squadron (AVRO Shackleton MR Mk2) stationed at RAF Changi, Singapore

225 Squadron (Westland Whirlwind HC 2)

230 Squadron (Westland Whirlwind HC 10)

81 Squadron (Canberra PR 9) stationed at RAF Tengah, Singapore

20 Squadron (Hawker Hunter) stationed at RAF Tengah, Singapore

60 Squadron (Gloster Javelin) stationed at RAF Tengah, Singapore

64 Squadron (Gloster Javelin) stationed at RAF Tengah, Singapore

45 Squadron (Canberra) stationed at RAF Tengah, Singapore

74 Squadron (English Electric Lightning) stationed at RAF Tengah, Singapore

15 Squadron Handley Page Victor stationed in at RAF Tengah and Butterworth)

Australia

102 Field Battery Royal Australian Artillery.

3rd Battalion, Royal Australian Regiment

4th Battalion, Royal Australian Regiment

A and B Squadrons of the Australian Special Air Service Regiment

Malaysia

Malaysian Army

Squadron of Malaysian Reconnaissance Regiment

A and B Batteries (of 1st Regiment, Malaysian Artillery)

3rd Battalion, Royal Malay Regiment

5th Battalion, Royal Malay Regiment

8th Battalion, Royal Malay Regiment

1st Battalion, Singapore Infantry Regiment

Royal Federation of Malay States Police

Police Special Branch

Battalion of Police Field Force

New Zealand

1st Battalion, Royal New Zealand Infantry Regiment

1st Ranger Squadron

41 Squadron (Canberra)

Detachments 41 Squadron (Bristol Freighter)


Artikel Asal: malaysia-today.net
Translate Into Chinese: ccliew.blogspot.com


The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.06169 saat.