Wakil Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMMPP) Dalam Dewan MPPP (Malay Chamber represented in M
Sumber: Anil NettoTerjemahan: GoMalaysian
Tajuk: Wakil Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMMPP) Dalam Dewan MPPP (Malay Chamber represented in MPPP)
Semua orang tidak menyedari bahawa 3 pegawai daripada Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMMPP) telah dijemput untuk menjawat jawatan di dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak 2008 lagi.....
Anil Netto
Semua orang tidak menyedari bahawa 3 pegawai daripada Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMMPP) telah dijemput untuk menjawat jawatan di dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak 2008 lagi.
Apa yang menghairankan ialah ketua DPMMPP telah menglibatkan diri dalam tunjuk perasaan berunsurkan perkauman pada Jumaat, 5 February berikutan tindakan Majlis Perbandaran merobohkan gerai-gerai Melayu di Pulau Pinang.
Kerajaan Pulau Pinang telah menawarkan salah satu jawatan dalam dewan MPPP kepada Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMMPP) dan satu lagi diberikan kepada Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang. Pada tahun 2008 yang lalu, wakil DPMMPP dalam MPPP ialah Rizal Faris Mohideen, iaitu Pengerusi DPMMPP (Rizal ialah salah seorang daripada pemberi ucapan dalam tunjuk perasaan yang berlangsung pada Jumaat yang lepas). Pengantinya pada March 2009 ialah Yasir Hafiz Munawar Ali, timbalan setiausaha DPMMPP. Wakilnya sekarang dalam MPPP ialah Ali Akhbar Mohd Noor, seorang ahli peniagaan dan juga exco DPMMPP.
Ia merupakan bidang kuasa ahli MPPP untuk memutuskan sama ada MPPP akan memberi "peniaga tiada permit" untuk melanjutkan lesen mereka ataupun mengambil tindakan terhadap mereka atau menentukan kategori mana terlebih dulu. Seorang wakil MPPP boleh memanggil para penguatkuasa sekiranya mereka telah menyeleweng daripada tindakannya tetapi dia tidak boleh mengganggu kuasa penguatkuasa seperti mana Jawatankuasa kesihatan dan lesen telah membuat keputusan.
Seorang wakil dalam MPPP mempunyai kuasa untuk membela para penjaja makanan. Beliau juga boleh meminta statistik dari MPPP, dimana MPPP harus mngemukakannya untuk menyangkal sangkaan-sangkaan tersebut, dan beliau juga berhak untuk mempersoalkan statistik itu. Ini jelas menunjukkan wakil DPMMPP mempunyai platform yang baik untuk membincangkan isu-isu ini dalam perjumpaan MPPP.
Rizal bagaimanapun mencabar statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri. "Sebagai kerajaan negeri, mereka boleh mendakwa apa sahaja dan berbohong kerana mereka berusaha untuk menutupi tindakan mereka. Saya mempunyai statistik daripada MPPP yang telah menunjukkan kebenaran disebaliknya. Melainkan kerajaan negeri telah menukar statistik untuk menutupi tindakan mereka, " dia memberikan pandanganya dalam akhbar The Edge.
Dia menambah bahawa dia telah membincangkan masalah ini berkali-kali dalam perjumpaan tetapi telah dituduh sebagai rasis. "Aku bahkan mencadangkan sebuah rancangan atau pendekatan untuk menangani situasi kerana Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan dan Syurga makanan, dimana penguatkuasaan yang diambil terhadap pengusaha ini mungkin akan mencemarkan nama Pulau Pinang."
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!
Pertanyaannya, adalah perwakilan DPMMPP di MPPP telah mengemukakan isu ini dalam perjumpaan dan tidak berputus asas untuk mengemukakan pandangan mereka dalam Dewan? Mudah sahaja, cari balik semua rekod perjumpaan dan memorandum yang telah dihantarkan oleh wakil DPMMPP kepada Dewan.
Adakah rancangan yang disebut Rizal telah dibincangkan dalam dewan ataupun ia ditentang oleh ahli dewan MPPP lain? Siapakah dalam MPPP yang menentang pendekatan ini? Menarik juga mengetahui siapa dalam MPPP yang membangkang pendekatan yang mematuhi peraturan, kebersihan, kondusif lokasi, mempromosikan Pulau Pinang sebagai syurga makanan, mempromosikan perniagaan kecil dan sederhana, pembangunan kemahiran, kredit mikro dan penciptaan lapangan kerja yang mesra pelbagai etnik ini. Persoalannya, adakah pendekataan ini telah dibawa ke dalam dewan?
Adakah wakil DBMMPP tidak mempunyai jalan alternatif lain lagi sehingga mereka harus melabelkan isu ini sebagai masalah perkauman di tunjuk perasaan jalanan?
Artikel Asal : anilnetto.com
Terjemahan : http://gomalaysian.blogspot.com/
Date: 2010-02-09 04:15:00
Source: Wakil Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMMPP) Dalam Dewan MPPP (Malay Chamber represented in M
URL: http://gomalaysian.blogspot.com/2010/02/wakil-dewan-perniaga...
The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.
Please visit author's blog as a support to the author's work.
Back