Mufti Dakwa PAS Angkuh Tolak UG di Perak
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk Kerajaan Campuran (UG) di Negeri itu pada 2008.Hah...!!! seruan UG dah kembali..! maknanya..? UMNO dah desperate... tahun 1999 bila PAS berjaya ambik alih Kerajaan Negeri Terangganu dan tahun 2004 bila UMNO berjaya ambik balik Terengganu, Pimpinan Tertinggi PAS dah ajak UMNO untuk bincang pasal UG, kenapa UMNO tolak masa tu..? sebabnya - UMNO rasa dia tengah kuat.
Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan di Negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh Kepimpinan Tertinggi Parti itu.
“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan Kerajaan Campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan Kafir (DAP).
“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi EXCO bersama BN.
“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata Al-Qur'an menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
Rujuk - MalaysianInsider
2008 bila UMNO kalah di 4 Negeri dan gagal tawan Kelantan, UMNO pulak ajak bincang pasal UG... sebab apa UMNO ajak bincang..? sebab UMNO tengah lembik hilang sokongan, lemau, busuk...
Bila dah lembik, baru nak ingat Hadis, baru nak ingat Al-Qur'an... bila dah kuat, Hadis kau perli-perli, Al-Qur'an kau Muziumkan..!
Ni bukan setakat "Kafir"... ni dah tahap "Kufur", "Kafir Lakhnat"..!
Tok Peti ni pulak "Boneka"... jadi alat penzalim... tu je ke tahap sorang Tok Peti..?
Date: 2010-03-05 12:07:00
Source: Mufti Dakwa PAS Angkuh Tolak UG di Perak
URL: http://perisik-rakyat.com/2010/03/mufti-dakwa-pas-angkuh-tol...
The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.
Please visit author's blog as a support to the author's work.
Back