Mufti Perak Memberi Konfirmasi Wujud Fraksi UMNO Dalam PAS
Walaupun Mufti Perak ni dibuktikan telah berbohong, namun kita tidak dapat nafi ada perkara yang dia kata tu adalah fakta yang tidak dapat dinafi. Misalnya, tidak mungkin Mufti Perak akan berani bercakap dengan Ustaz Ahmad Awang sekiranya beliau tidak mendapat "green light" dari beberapa pimpinan PAS Pusat. Ini kerana Ustaz Ahmad Awang sudah ada rekod yang panjang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang boleh di baca di sini.
Harussani dilaporkan berkata:
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.Saya juga merujuk kepada kenyataan Ustaz Ahmad Awang sewaktu Muktamar PAS di Shah Alam tahun lepas:
"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju", katanya.
Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
"Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.ANALISA KEDUA-DUA KENYATAAN DI ATAS
Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?".
Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan".
Sebelum dianalisa kedua-dua kenyataan di atas, kita perlu ingat dua fakta utama:
1.0 - Sewaktu kesemua usaha Harussani ini berlaku, PAS masih lagi berada di dalam Barisan Alternatif bersama Parti Keadilan Nasional (PKR).Analisa saya adalah:
2.0 - Keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat selepas MAC 3, 2008 memutuskan menubuhkan kerajaan bersama-sama PKR dan DAP.
3.0 - AJK PAS Pusat tidak pernah memutuskan untuk menubuhkan kerajaan bersama UMNO atau Barisan Nasional.
1.0 - Terdapat beberapa kepimpinan PAS Pusat yang secara jelas dan terang melanggar keputusan mesyuarat PAS Pusat tersebut dengan melobi untuk memastikan kerajaan PAS-UMNO di Perak itu berjaya.
2.0 - Tuan Guru Haji Hadi TIDAK MENYOKONG lobi dari Harussani ini kerana di dalam artikel lain, Ustaz Ahmad Awang mendedahkan:
"Hari esoknya Dato’ Nik Aziz hubungi bersetuju hatta kalau PAS tidak menjadi MB, kita akan teruskan bersama PR. Sampai kepada satu tahap DAP negeri juga sanggup keluar dari DAP pusat jika diminta untuk berbuat demikian. Malah dua hari kemudian, presiden parti menghubungi saya, Ustaz perlu pastikan ia diteruskan, jangan pedulikan orang lain".Kemungkinan Tuan Guru Presiden mahu menjaga hati Harussani dengan berkata demikian.
3.0 - Kewujudan “panggilan misteri” selepas keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dibuat itu MENGESAHKAN wujud “Fraksi UMNO” dalam PAS. Siapa yang membuat panggilan itu, ada dalam kenyataan Harussani di atas.
4.0 - Selepas kegagalan di Perak dan Selangor, maka "Fraksi UMNO" meneruskan usaha mereka seperti:
a. Perjumpaan dalam gelap dengan UMNO.
b. Melabel mereka yang tidak selari dengan mereka sebagai "proksi Anwar".
c. Memfitnah Husam Musa sebelum pemilihan tahun lepas.
d. Menyebar khabar fitnah kononnya Kepimpinan Ulama hendak dihapuskan.
e. Menyebar fitnah terhadap kerajaan PR Selangor i.e. Teresa tidak izin azan di
kawasan beliau, ahli2 Majlis sudah tinggal 30% Melayu, ITZ, isu Arak, isu sedekah lembu, kereta MB dsbnya.
f. Bermula perpecahan dalam PAS.
g. Melabel kesemua yang menentang perselingkuhan dengan UMNO sebagai tidak wala’ dan tidak menghormati kepimpinan ulama.
h. Menyebar fitnah kononnya Mursyidul Am dipengaruhi oleh pihak ketiga sehingga
menyebabkan Mursyidul Am tidak menyokong agenda "Kerajaang Perpaduang".
i. Agenda Muzakarah dan kemudiannya "Kerajaang Perpaduang" dan sebagainya.
5.0 - Puak Fraksi UMNO dalam PAS adalah “PENGKHIANAT PARTI” tapi mereka dilindungi kerana mereka berjaya memenangi kerusi Timbalan Presiden dalam pemilihan yang lepas. Kalau PAS mengekalkan mereka ini di tampuk kuasa PAS, maka PAS akan hancur dalam masa beberapa tahun yang akan datang ini.
Percayalah
PENUTUP
Perlu kita membersihkan parti dari anasir-anasir UMNO yang dikenali sebagai "Fraksi UMNO" dengan kadar segera kalau kita masih mahu mempertahankan kemurnian serta keluhuran Islam di Malaysia ini.
Date: 2010-03-08 12:21:00
Source: Mufti Perak Memberi Konfirmasi Wujud Fraksi UMNO Dalam PAS
URL: http://perisik-rakyat.com/2010/03/mufti-perak-memberi-konfir...
The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.
Please visit author's blog as a support to the author's work.
Back