...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

Kekalutan pakatan haprak

2 tahun selepas pru12, pakatan haprak masih kelihatan di tengelami mazjuk angan ke putrajaya yang tak berpenghujung. Angan mereka bagaikan mimpi basah yang dimimpikan tiap malam hingga membangkitkan nafsu untuk berterusan menyajikan politik benci dan fitnah kepada rakyat.

Mereka menganjurkan ceramah di merata tempat bertujuan memwarwarkan bahawa mereka masih releven, mengingatkan kembali fitnah yang dahulu masih releven,bohong bohong yang dahulu masih benar benar.tetapi hingga kini tidak ada satu pun bukti yang mampu mereka dedahkan.


Pakatan haprak begitu sibuk menguruskan persepsi yang jelas teruk tercalar akibat pendedahan demi pendedahan kebobrokan salahguna kuasa dan rasuah mereka di negeri yang diperintah oleh para blogger.

Telahan mereka adalah mudah,segala kebobrokan mereka,kejahatan dan rasuah yang didedahkan adalah berniat jahat dan umno bn melakukan serangan fitnah yang mahu memporak perandakan negeri pakatan. Mereka dengan lagak pembohong dengan kejinya mendiversi isu kononnya kerja jahat datangnya dari umno tetapi sampai sudah tidak akan mengaku salah guna kuasa dan rasuah mereka.

Pisau perhatikan mereka mahu dilihat amat mulia di mata rakyat,kononnya sama rata,. Amat toleransi dan amat bersih. Walhal mereka cukup busuk dan kotor dalam permainan politik gampangan kelas ketiga.

Ceramah ceramah yang dianjurkan disajikan dengan fakta fakta yang palsu,cerita cerita yang menyedapkan telinga yang mendambakan fitnah dan maki hamun. Skrip skrip pembohongan dan permainan persepsi di ulang ulang agar rakyat terpana dan terpesona dengan branding pakatan.

Mereka mereka ini sedaya upaya tidak mahu dilihat cemas,walhal cerita didalam kain mereka penuh kekalutan,ketakutan hilang kuasa, bergaduh sesama sendiri,terbahagi pelbagai fraksi dan puak. Kesemuanya cukup lengkap untuk resepi perpecahan kelak. Marhain hanya disajikan dengan pimpinan yang berpimpin tangan,pimpinan yang mencium mulut satu sama lain,kononnya sokongan tak berbelah bahagi.tetapi antara mereka cukup jelas mengunakan satu sama lain habuan kemarukkan kuasa dan wang ringgit.

Keresahan dan cemasnya mereka cukup jelas apabila pisau berkesempatan mendengar sendiri dari mulut seorang pemimpin parti chauvanist dan seorang syiah dari parti sesat. Dalam tawa jelas mengambarkan mereka resah akan sambutan rakyat cukup kurang dan penurunan kehadiran pengunjung turun amat drastik sekali.

Mereka dalam program untuk merangka satu lagi plan ataupun anjakan mengembalikan momentum pasca pru12,kelihatan amat sukar melainkan kerajaan sekarang ataupun umno melakukan kesilapan besar atau memberikan mereka bola tanggung untuk diliibas kembali..

Pakatan mahu dilihat masih relevan dan kuat hinggalah pada pru13,tetapi mereka harus ingat kemenangan mereka terdahulu bukan bermakna mereka kuat,tetapi kerana lemahnya umno dan bn.

Sekarang umno kembali mendekati rakyat, bn kembali berusaha memperbaiki segala kekurangan. Rakyat melihat sebagai satu revolusi dan transformasi perubahan punyai anjakan yang besar.

Perubahan dan transformasi inilah yang meresahkan juak pakatan haprak. Suara suara yang menyalak kononnya umno bakal berkubur,bn bakal tumbang hanyalah ibarat salakan nakal anjing anjing yang perlukan perhatian.
Tetapi kala ini rakyat sudah melihat salakan mereka bagaikan anjing gila yang harus di beri obat.

Pakatan haprak telah dilanda katastrophi politik yang hampir memusnahkan mereka,tetapi ingatlah badai tsunami bakal melanda ke sebelah sana pula.

Pisau kata ".jangan diingat air yang tenang buat sehari dua ini tidak ada pirana. "
Sent via BlackBerry from Maxis




The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05585 saat.