...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

MB mohon mengadap Sultan Kelantan

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 10 Mac: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah menghantar surat permohonan kepada Istana Kelantan bagi memohon perkenan mengadap Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.

Menurutnya, beliau menghantar surat berkenaan bagi mendapatkan persetujuan untuk membolehkan beliau selaku Menteri Besar bersama anggota-anggota Exco kerajaan negeri yang lain untuk mengadap baginda.

“Saya sudah menghantar surat memohon perkenan bagi menghadap Tuanku bersama-sama dengan anggota Exco kerajaan negeri yang lain,” ujarnya.

Menurutnya, sejak keberangkatan pulang baginda pada Khamis lalu, pemimpin kerajaan negeri belum mengadap baginda, selain menyambut keberangkatan pulang dari Singapura.

Pada 4 Mac lalu, Sultan Kelantan telah berangkat pulang ke negeri ini dengan sebuah jet khas dari Singapura selepas mendapat rawatan di negara itu sejak 24 Mei lalu.

Turut menyambut keberangkatan pulang baginda ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Namun begitu, Nik Aziz tidak berada di lapangan terbang kerana berada di wad akibat sakit semasa keberangkatan pulang baginda itu.



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!


The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back

Copyright 2008-2010 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.04767 saat.