Kita Kehilangan...Al-Fatihah
InnalillahiwaInnaLillahiRajiun..........Takziah pada keluarga Tuan Sheikh Al-Azhar Tantawi yang telah meninggal dunia di Riyadh, 10-3-2010 pada usia 82 tahun. Takziah juga pada Seluruh rakyat Mesir.
Ini adalah satu kehilangan besar bagi kita semua. Sumbangan Allahyarham tidak dapat dikira dan hanya Allah swt sahaja yang layak membalasnya.
Kita semua akan merasa mati bila tiba waktu masing-masing. Cuma soalnya BAGAIMANA kita akan pergi dan adakah kita telah mulakan persediaan rapi menghadapi mati.
Takziah kita juga pada keluaraga Dulmatin telah ditembak mati. Dulmatin dikatakan adalah ketua kumpulan pengganas JI yang terlibat dalam pengeboman di Bali. Kematian Allahyarham disambut dengan 'Alhamdulillah' dan nafas lega termasuk Presiden Indonesia sendiri.
Kedua-dua, Sheikh al Tantawi dan Dulmatin adalah perjuang dalam keAzaman masing-masing menegakkan Syiar Islam. Satu cara dan saluran yang diredai Allah swt dan satu lagi cara yang menyalahi hukum dunia apatah lagi akhirat kerana membunuh juga adalah tergulung dalam dosa dosa besar apatah lagi orang awam. Jihad hanya boleh diisytihar oleh sesebuah Negara bukan ikut suka sesiapa.
Walaubagaimana pun yang pasti kita kehilangan mereka dan pergi mereka menjadi tauladan dan sempadan untuk hidup kita sendiri...sisa sisa hidup kita masing masing. WaAllahuAlam.

Date: 2010-03-10 21:09:00
Source: Kita Kehilangan...Al-Fatihah
URL: http://melayuangkat.blogspot.com/2010/03/kita-kehilangan.htm...
The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.
Please visit author's blog as a support to the author's work.
Back