...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

SEMBOYAN HALILINTAR-10 RIBU PENYOKONG PR HARUNGI HUJAN LEBAT


Ribuan penyokong PR sebelum hujan lebat


Penyokong PR tidak berganjak walaupun mengharungi hujan lebat




Selepas Hujan Lebat - ribuan penyokong masih mendengar ceramah DSAI




Semalam 9 Mac, 2010; genap dua tahun Pakatan Rakyat (PR) mencipta Tsunami politik dalam sejarah politik tanahair.Kejayaan yang paling manis dan paling besar dalam sejarah politik Malaysia.

Sebagai meraikan kejayaan tersebut khususnya kejayaan PR Negeri Sembilan yang juga mencipta kejutan paling besar dalam sejarah politik NS apabila memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri dan juga memenangi 3 kerusi parlimen.

Sebagai mencipta sebuah fenomena untuk mengembalikan mood dan keyakinan rakyat pada perjuangan PR, hasil usaha PR NS, Semboyan Halilintar ke Putrajaya dilancarkan oleh kepimpinan PR di Oakland Commercial Centre, Seremban 2, malam tadi.

Seawal jam 8.00 malam, seramai 5 ribu orang telah mula membanjiri dataran - lokasi ceramah.Pada pukul 9.00 malam, pengumuman rasmi dibuat bahawa jumlah kehadiran penyokong/penonton telah mencecah 8 ribu orang.

Ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di lokasi tepat jam 9.30 malam, lebih 10 ribu penyokong setia PR telah berasak-asak membanjiri tapak lokasi ceramah.

Walaubagaimanapun debaran kami sebagai tuan rumah mula terasa apabila hujan gerimis mula turun.Kerisauan kami akhirnya menjelma, apabila lebih kurang pukul 10.00 malam, hujan turun begitu lebat sekali.Di tambah pula dengan angin yang kencang.

Tetapi saya dan rakan-rakan saya di dalam PR amat kagum apabila penyokong/penonton tidak berganjak dari tapak lokasi ceramah.Kalau ada yang lari berteduh di deretan kedai pun, mereka adalah golongan warga emas.Selebihnya ribuan penyokong terdiri daripada Melayu, Cina, India, Punjabi, Lelaki, Wanita, Anak muda lelaki, Anak dara - semuanya begitu cekal dan bersemangat mengharungi hujan lebat untuk mendengar amanat daripada pucuk pimpinan parti.

Sepanjang pengalaman saya sebagai Ahli Politik mahupun sebagai penyokong ketika zaman bujang dulu, inilah kali pertama saya melihat suasana sedemikian.Begitu semangat sekali para penyokong tanpa menghiraukan dugaan hujan lebat.

Saya mendoakan hujan lebat semalam adalah hujan rahmat diatas perjuangan PR dalam membebaskan rakyat Malaysia daripada pemerintahan kuku besi kerajaan Umno-Barisan Nasional yang tidak habis-habis menyusah dan membebankan rakyat Malaysia dengan pelbagai cukai, kenaikan harga barang dan pelbagai kenaikan lagi.

Suasana malam tadi dan kehadiran lebih 10 ribu penyokong PR dan ditambah pula dengan keadaan hujan lebat yang gagal menyuraikan orang ramai merupakan satu tamparan hebat kepada Umno-BN.

Sejak 3 Ahli Parlimen dan dua lagi pemimpin PKR keluar daripada PKR dan selepas pemecatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin; propaganda media Umno-BN melancarkan serangan kononnya PR sudah lemah khususnya PKR.

Tetapi suasana malam tadi telah menutup segala kritikan sumbang sebelum ini seolah-olah PR diambang perpecahan dan kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim dan PKR telah kehilangan sokongan rakyat.

Saya percaya ketika hujan lebat mula turun pada pukul 10.oo malam, sudah pasti pemimpin Umno NS begitu gembira kerana hujan lebat ibarat mengagalkan pelancaran "Semboyan Halilintar ke Putrajaya" malam tadi.Sudah tentu media yang telah dijinakkan oleh pemimpin Umno pusat akan menyiarkan berita kononnya ceramah ini tidak mendapat sambutan orang ramai.

Alhamdullillah, walaupun hujan begitu lebat, PR NS berjaya menghimpunkan lebih 10 ribu penyokong.

Saya tidak sabar untuk melihat akhbar/media arus perdana esok (Khamis-11 Mac).Bukan apa, nak tahu berapakah angka penyokong yang hadir pada ceramah malam tadi yang akan dilaporkan oleh mereka.

Kepada mereka yang hadir malam tadi, anada sendiri jadi hakim.Apakah media arus perdana ini telus atau memutar belit fakta.Nantikan penghakiman anda sendiri pada hari esok.


The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05475 saat.