...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

Model Ekonomi Baru: Tidak untungkan Melayu secara langsung?

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dijangkakan akan mengumumkan Model Ekonomi Baru Malaysia dalam bulan Mac ini. Ini merupakan tindakan strategik beliau paling penting, sejak mengambil alih sebagai perdana menteri Malaysia ke VI April tahun lepas. Thema ‘1 Malaysia: Rakyat diutamakan, prestasi ditingkatkan’ menjadi asas bagi model yang bakal menjadi blue print bagaimana ekonomi Malaysia akan dicorakan, dalam dekad kedua abad ke 21 ini.

PM Dato’ Seri Najib semenjak setahun ini mirip kepada liberalisasi ekonomi sebagai langkah untuk memacu negara. Apabila Kabinet sulung beliau diumumkan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi (MECD) telah dimansuhkan. Sebaliknya, fungsi kementerian yang sebelum ini menjadi tunggak pembangunan ‘Agenda Ekonomi Melayu’ diagih dan pikul oleh lapan kementerian lain. Ramai melihat tindakan ini sebagai tidak menguntungkan Melayu kerana sebelum ini MECD mempunyai kementerian khusus dengan seorang Menteri, 2 Timbalan Menteri dan sistem sokongan dan perlaksanaan kementerian yang lengkap diterajui seorang KSU dan 2 Timbalan KSU. Walaupun fungsi ini masih diteruskan 8 kementerian lain, namun fungsi ini menumpang dalam struktur kementerian yang sudahpun mempunyai fokus masing masing dan dikhuatiri ‘Agenda Ekonomi Melayu’ ini menjadi ‘anak tumpang’ dan tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Kemudian PM Dato Seri Najib mengumumkan pula liberasi pasaran modal yang tidak mensyaratkan 30% pegangan Bumiputera bagi penyeneraian baru dalam Bursa Malaysia. Beberapa subsektor pasaran modal dan kewangan juga dibuka sepenuhnya bagi firma antarabangsa untuk beroperasi tanpa sekatan, walaupun mensyaratkan firma ini mempunyai rakan kongsi rakyat tempatan, termasuk golongan professional Bumiputera

Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) yang diumumkan PM Dato’ Seri Najib juga bukan sahaja tidak melambangkan orang tempatan dan rakyat Malaysia, malah orang Melayu merupakan minoriti dikalangan penasihat asing bagi melakarkan plan ekonomi yang semestinya merangkumi orang Melayu sebagai warga majoriti Malaysia. Lebih membimbangkan ialah sebilangan dari MPEN merupakan golongan ekonomis yang mirip kepada Bank Dunia/IMF sedangkan Malaysia pernah mengabaikan penyelesaian barat bagi menangani kemelut ekonomi dan kewangan Asia 1997-8 dengan preskripsi sendiri. Percaturan PM ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad ternyata berjaya dan memberi kesan pemulihan dalam jangkamasa singkat.

PM Dato’ Seri Najib yang mewarisi pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi juga memilih untuk meneruskan dasar dan perlaksanaan  yang sama atas alasan kesinambungan dan konsistensi, walaupun sidah terbukti tidak effektif, kos tinggi (mahal) dan pulangan yang tidak produktif. Antara paling nyata ialak korridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia, Korridor Utara dan ECER. Berbillion RM tidak dibelanjakan dan kesan samada nyata (tangible) ataupun proses-membangunkan (work in progress) amatlah mengecewakan sehingga tahap membimbangkan.

Pentadbiran PM Dato Seri Naji juga amat gemar untuk melantik firma perundingan dan golongan professional untuk membuat pelbagai kajian dan kemudian memajukan penyelesaiaan akademik dan ‘buku-teks’ samada tidak praktikal kerana budaya penerimaan tempatan,  ‘cerap-cetak’ penyelesaian Barat untuk implementasi di Malaysia dan andaian yang tidak munasabah bagi penentuan kejayaan. Sejak zaman PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, terlalu banyak fungsi agensi tertentu seperti EPU, MAMPU, ICU dan sebagainya kini diambil alih firma perunding , termasuk luar negara.

Paling terbaru ialah firma perunding strategik bagi imej dan branding Apco telah dilantik untuk projek tertentu.

*Disambung…..




The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back

Copyright 2008-2010 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.04773 saat.