Natrah: TP dan KP PAS Buta Sejarah Parti?

Baru-baru ini Ustaz Idris Ahmad serta Ustaz Nasa, masing-masing Ketua Penerangan dan Timbalan Presiden PAS Pusat telah menghadiri Majlis Pelancaran buku bertajuk "Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata" oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Saya diberitahu kehadiran Timbalan Presiden dan Ketua Penerangan itu tidak mendapat apa-apa persetujuan dari Mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat mahupun Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat.
Timbalan Presiden PAS dilaporkan berkata:
KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.Kepada sesiapa yang mengatakan "Agenda Kerajaang Perpaduang" telah tamat, dia itu sedang bermimpi dengan mimpi yang indah. Sesungguhnya ini membuktikan betapa agenda "Kerajaang Perpaduang" masih segar bugar di dalam minda pemimpin-pemimpin Fraksi UMNO.
Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.
"Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata".
"Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini", katanya.
KEHADIRAN DALAM MAJLIS INI ADALAH SATU PENGHINAAN PADA PAS
Izinkan saya menaqal dari Laman Rasmi Parti Islam Semalaysia:
Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.Hairan saya bagaimana Ketua Penerangan PAS Pusat tidak sedar akan kandungan di dalam Laman Web PAS sendiri. Antara isu utama mengapa PAS ditubuhkan adalah kerana sikap UMNO mengabaikan permurtadan Natrah.
Kalau UMNO boleh menganjurkan demonstrasi seluruh Malaya memprotes Malayan Union (1946), mengapa UMNO tidak mengambil tindakan yang sama apabila Natrah dimurtadkan (1951)?
Malahan, antara yang ditangkap dan dipenjarakan ekoran protes besar-besaran Natrah di Singapura adalah Presiden PAS yang ketiga, yakni Dr. Burhanuddin Al Helmi sendiri.
"Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini".Ertinya, dengan adanya pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis itu sudah menjadi satu bentuk penghinaan kepada kepimpinan-kepimpinan PAS yang terawal. Ia juga menghina sebab mengapa PAS ditubuhkan serta menghina aktivis-aktivis PAS yang ditangkap ekoran protes dan demonstrasi protes terhadap permurtadan Natrah.
Sehingga hari ini UMNO tidak pernah memohon maaf terhadap sikap mereka membiarkan Natrah dimurtadkan tanpa mengambil tindakan yang tegas dan keras demi menghalang Natrah dimurtadkan.
KENAPA PEMIMPIN PAS BERSIKAP TERLEBIH KUAH DARI SUDU
Herannya saya. Peristiwa Natrah menandakan sikap UMNO yang sebenar terhadap amalan murtad. UMNO amat bertoleransi terhadap amalan murtad sehingga mereka membiarkan Natrah dimurtadkan.
Dengan pemimpin-pemimpin PAS meraikan pelancaran buku ini, bererti segala pengorbanan mereka yang memprotes permurtadan Natrah tidak dihargai oleh pemimpin-pemimpin PAS ini.
Bagi saya, dari pemimpin2 ini menghina perjuangan menentang murtad, baik mereka semua letak jawatan mereka dan isytihar masuk UMNO.
Tulang Besi
p/s - UMNO ada juga buat sedikit sumbangan. Tunku, selepas jadi Presiden UMNO, telah meminta 5 orang yang telah dihukum mati oleh Mahkamah British supaya diringankan hukuman. Hasilnya, 5 orang itu diringankan hukuman mereka kepada penjara seumur hidup. Ertinya, keringanan hukuman itu lebih membantu British serta membantu imej UMNO yang pada masa itu menjadi barua British.
Date: 2010-03-11 01:23:00
Source: Natrah: TP dan KP PAS Buta Sejarah Parti?
URL: http://perisik-rakyat.com/2010/03/natrah-tp-dan-kp-pas-buta-...
The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.
Please visit author's blog as a support to the author's work.
Back