Zaid Ibrahim: Bagaimana dengan kedudukan Chin “Butcher of Malaya” Peng?
Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) P094 Hulu Selangor kini masuk gear yang lebih tinggi. Sebagai calon PKR Dato’ Zaid Ibrahim yang disifatkan ‘liberal’ dan membawa pendekatan ‘merangkumi’ (engaging) tanpa mementingkan mana mana kaum dan latar belakang etnik, maka kami di BigDogDotCom ingin bertanyakan isu ini dan mahukan jawapan tepat dan jelas dari beliau:
Apakah kedudukan beliau mengenai Setiausaha Agung PKM Chin “Butcher of Malaya” Peng, terutama hasrat KETUA PENGGANAS itu ingin kembali dan mati di tanah air yang beliau perangi secara zalim dan ganas selama lebih 54 tahun ini?
Ini persoalan yang amat penting yang perlu Zaid jelaskan sekarang, dalam musim kempen PRK P094. Ini adalah kerana isu ini menghantui kenangan dan warisan ramai warga Malaysia mengenai ‘peperangan dalaman’ selama lebih 54 tahun itu. Hulu Selangor merupakan salah satu kawasan yang terlibat dan aktiviti pengganas komunis berterusan sehingga tahun 1970an.

Papan tanda selekoh dimana Sir Henry Gurney dan Lady Gurney ditembak, 6 batu menghampiri Bukit Fraser pada 6 Okt 1951
Sejarah juga merakamkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaya Sir Henry Gurney terbunuh berdekatan Hulu Selangor pada 6 Oktober 1951 dan kesan pembunuhan ini mengubah landskap sosio-geografi penduduk Tanah Melayu bermula dari zaman itu, apabila kampung kampung baru diujudkan untuk menempatkan penduduk etnik Cina. Kampung kampung baru ini kemudiannya menjadi penempatan urban satelit bagi bandar utama seperti Petaling Jaya, Kepong, Jinjang, Serdang dan Ampang. Kesan konsentrasi kependudukan etnik Cina ujud dari kampung kampung baru yang kemudianya diiktiraf sebagai warga Persekutuan Tanah Melayu akibat ‘kontrak sosial’ yang dicapai semasa proses merundingkan Kemerdekaan, ini menjadi variable penting dalam landskap sosio-politik Malaysia semenjak 1969.

A quarter of million dollars bounty for Chin "Butcher of Malaya" Peng, from a 1950s Straits Time headline
Ketua Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim menyokong secara terbuka permintaan Chin “Butcher of Malaya” Peng untuk kembali Malaysia. Ini juga merupakan perjuangan Chauvinis Cina DAP. Kesedian untuk meminta maaf semata mata tidaklah diterima majoriti warga pasukan keselamatan yang mengambil risiko mengadai nyawa semata mata mempertahankan tanahair dari pengganas komunis ini.
Laporan The Star 14 Jun 2009:
Sunday June 14, 2009
Anwar: Let Chin Peng return to Malaysia
KAJANG: PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim has come out in support of former Communist Party of Malaya (CPM) leader Chin Peng’s return to Malaysia.
He said Chin Peng should be forgiven and allowed to return on humanitarian grounds.
“If we are friends with China why can’t we have peace with Chin Peng?” he told reporters during PKR’s special convention yesterday.
Anwar said Indonesia had already rehabilitated its communists, although they were involved in atrocities against the people there. The Malaysian government, he said, should do the same.
******************
Dalam kawasan parlimen P094 Hulu Selangor ini ujud beberapa fasiliti keselamatan seperti Kem 21 GGK (Grup Gerak Khas) dan penempatan Polis kerana kawasan sekitar KualaKubu Baru merupakan konsentrasi aktiviti pergerakan dan ancaman pengganas komunis sebelum Perjanjian Hadyaii 2 Disember 1989 ditandatangani. Oleh demikian, ramai warga Hulu Selangor merupakan pesara dan anggota keluarga mereka yang terlibat secara langsung dalam agensi atau perkhidmatan keselamatan yang bersedia mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan tanahair dari ancaman mereka yang buas dan rakus.
Inilah masa paling sesuai bagi Zaid, mewakili PKR untuk menyatakan kedudukan beliau dan mereka atas Chin “Butcher of Malaya” Peng secara jelas. Inilah cabaran kami di BigDogDotCom kepada calon PKR P094 Dato’ Zaid Ibrahim.

Date: 2010-04-22 08:34:59
Source: Zaid Ibrahim: Bagaimana dengan kedudukan Chin “Butcher of Malaya” Peng?
URL: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/04/22/zaid-ibrahim-ba...
The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.
Please visit author's blog as a support to the author's work.
Back