...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

SPRM wajar siasat ubah suai DUN Pulau Pinang

Sebahagian dari siling dewan persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah runtuh pada hari ini. Tiada kecederaan dilaporkan pada kemalangan yang berlaku kepada bangunan yang baru mengalami kerja pengubah suaian, semenjak DAP mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kejadian siling runtuh ini masih menjadi misteri. Namun begitu, siasatan perlu dijalankan untuk menentukan punca kelemahan, samada pada struktur atau kerja ubah suai yang baru selesai setahun lepas dan siapa yang bertanggung jawab.

Persidangan yang dijadualkan untuk perasmian oleh TYT Yang DiPertuan Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada Isnin 3 Mei 2010 akan ditunda kesatu tarikh yang belum diumumkan lagi. Buat masa ini, Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng difahamkan berada Sibu kerana urusan parti DAP yang meletakan calon pada Pilihanraya Kecil yang akan berlaku tidak lama lagi.

Persidangan asal dijadualkan pada 19 April 2010 terpaksa ditangguhkan kerana TYT telah dimasukan ke hospital kerana jangkitan broncho pneumonia.

Ada ura ura persidangan penggal ini akan diadakan di Dewan Sri Pinang (berhampiran DUN Pulau Pinang) tetapi ianya masih belum dapat disahkan kerana tempat ini perlu diwartakan dahulu dan notis yang cukup perlu dikeluarkan. Ditaksirkan kerja pemulihan segara terpaksa dibuat dalam dua hari ini atau persidangan perlu ditangguhkan ke satu masa akan datang yang belum dipastikan lagi. Kegagalan DUN Pulau Pinang bersidang hanya merugikan rakyat.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP dijadualkan berada di Sibu antara 7 dan 10 Mei 2010. Namun begitu Pakatan Rakyat memang terkenal menganjurkan persidangan DUN tanpa mengikut prosedur dan protokol yang sesuai, sebagaimana berlaku di Perak tahun lepas.

SPRM wajar membuat siasatan kenapa DUN Pulau Pinang setahun lalu dan menentukan samada berlaku rasuah, tidak menurut spefikasi, kerja yang rendah mutu dan kemungkinan berkalu salah guna kuasa dalam proses memberikan kerja kepada pihak kontraktor ubah suai.




The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05376 saat.