Gunatenaga professional Melayu dalam Petronas peringkat tertinggi mula tiris
Minggu ini berlaku penstrukturan semula dan penyusunan ‘modal insan’ dalaman bagi Petronas secara kumpulan. Semenjak PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih sebagai Perdana Menteri VI, Petronas sebagai organisasi korporat yang diterajui professional Melayu paling berjaya dalam dunia sehingga layak menjadi sebahagian dari senarai Fortune 500 kini mula ‘membuka pintu’ kepada professional Bukan Melayu dalam jawatan tertinggi, termasuk yang dibawa masuk dari ‘luar’.
Bermula dengan perlantikan CEO Ethos Consulting Omar Ong kedalam Lembaga Pengarah, kini jawatan tertinggi pengurusan juga mula berubah. Semenjak kontrak CEO kebanggaan Petronas Tan Sri Hassan Merican tidak disambung kerana ‘usia lanjut’ dan digantikan dengan seorang Mantan CEO MISC Bhd. yang sama usianya, Dato’ Shamsul Azhar Abbas Februari lepas, kini jawatan yang sebelum ini dilaksanakan dengan jayanya oleh professional Melayu diisi dengan professional Bukan Melayu pula. Ini berlaku dengan proses ‘naik pangkat’ dan ‘tambahan’ kepada jawatan eksekutif paling kanan diperingkat Naib Presiden dan Pengurus Besar Kanan yang diperuntukan kepada professional Melayu. Personaliti ‘anti Kerajaan BN’ dari luar seperti Mantan Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia Sheryll Stothard juga dibawa kedalam untuk mengisi jawatan strategik bagi maklumat kumpulan iaitu Pengurus Besar Perhubungan Awam dan menimbulkan kontroversi, terutama dikalangan pelayar bloggosfera.
Personaliti dari ‘luar’ seperti Dato’ Wee Yiaw Hin kini menjawat Naib Presiden Eksekutif Eksplorasi dan Produksi. Sebelum ini Wee berkhidmat di Talisman dan Shell dan merupakan lantikan langsung dari luar. Lain lain peringkat Naib Presiden dan lantikan dalaman diisi oleh etnik Cina, seperti Naib Presiden Infratsruktur dan Utiliti (bagi perniagaan Gas) Lau Lai Tuang, Naib Presiden Teknologi dan Kejuteraan Collin Wong dan CEO Eksplorasi Gas Effendi Cheng. George Ratillal pula kini menjawat Naib Presiden Eksekutif bagi kewangan, yang satu masa dahulu disandang oleh Hassan Merican.
Persoalan yang kami di BigDogDotCom ingin timbulkan ialah: Apakah tidak ujud lagi professional Melayu peringkat spara tertinggi dan menengah dalam Petronas yang layak dan mempunyai kemampuan, produktiviti, pengalaman dan dayamaju untuk ditimbangkan kejawatan tertinggi seperti Pengurus Besar Kanan dan Naib Presiden sehingga diberikan kepada Bukan Melayu?
Mungkin hujah bagi tindakan strategik modal insan dalaman Petronas ini ialah memenuhi prinsip ke 3 ‘Teras Teras Perpaduan dalam Gagasan 1 Malaysia’ iaitu “Keadilan Sosial, Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana mana pihak yang akan dipinggirkan”. Namun begitu, persoalan serious kami bernilai “Tigabelas Juta Ringgit” di BigDogDotCom ini ialah kenapa sekiranya ada professional Melayu yang layak menjalankan tugas ini dengan baik, mempunyai rekod kerja dan sebenarnya wajar ditimbangkan untuk kenaikan pangkat, mengapa diberi kepada Bukan Melayu juga?
Realitinya, Petronas sebagai entiti milik penuh Kerajaan Malaysia mempunyai tanggung jawab moral dan sosial untuk memberikan ruang kepada orang Melayu dahulu, membatasi etnik lain sekiranya ada pilihan sebagai memenuhi peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menetapkan orang Melayu dijamin kedudukan istimewa. Ini merupakan asas persetujuan ‘Kontrak Sosial’ yang dipersetujui antara Raja Raja Melayu, orang Melayu (sebagai pribumi dan ‘warga DYMM Raja Raja Melayu’ pra-proses perundingan Kemerdekaan) dan etnik Bukan Melayu.
Penyusunan dan penstrukturan dalaman semula Petronas dalam minggu ini mungkin akan memberikan ‘produktiti songsang’ (counter productive), sekiranya moral majoriti professional dikalangan orang Melayu dalam syarikat milik penuh Kerajaan ini dicalari.
Dalam dunia perdagangan, sebenarnya ujud ‘halangan kaca’ bagi professional dikalangan orang Melayu untuk menjawat jawatan tertinggi, termasuk eksekutif dan lembaga pengarah. Professional dikalangan orang Melayu telah terbukti mampu untuk menjawat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik, seperti Tan Sri Hassan Merican, Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, Dato’ Seri Che Khalib Mohd. Noh, Dato’ Zamzamzairani Mohd. Isa, Tengku Dato’ Azmil Zaharuddin, Dato’ Mohd. Bakke Salleh, Dato’ Abdul Rahman Ahmad, Dato’ Shazalli Ramli, Amir Hamzah Azizan, Ismee Ismail dan sebagainya, dalam pelbagai sektor dan industri.
Namun begitu syarikat Bukan Melayu terutama yang dimiliki dan kuasai etnik Cina seperti Public Bank, Hong Leong Bank, Alliance Bank, YTL, IOI Properties, Country Heights, Lion Group, Rimbunan Hijau, Ekran Group dan Berjaya Group tidak memberikan peluang dan ruang yang cukup bagi professional dikalangan orang Melayu untuk menerajui dan membuktikan kemampuan dan produktiviti mereka sebagai pengurusan peringkat tertinggi.
Yang lebih buruk lagi, terdapat usaha diskriminasi dikalangan pengurusan, pembangunan dan perancangan modal insan dikalangan syarikat Bukan Melayu seperti mensyaratkan pengunaan Bahasa Mandarin dan sebagainya, sebagai ‘halangan kaca’ dan ianya berlaku secara meluas dan seolah olah di’rancang’. Pihak usahawan Bukan Melayu terutama golongan etnik Cina sendiri tidak langsung memainkan peranan (terutama secara ‘sukarela’) untuk menentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensasarkan peningkatan orang Melayu dengan memenuhi sasaran penguasaan 30% ekonomi sebenarnya tercapai. Sebaliknya, apa yang berlaku ialah golongan usahawan Bukan Melayu terutama etnik Cina ini menyalahkan kegagalan DEB walaupun orang Melayu diberikan peluang.
Kepimpinan wajar menimbangkan perkembangan ini secara serious. Jangan biarkan golongan professional Melayu menghadapi keadaan ‘Kera di hutan disusukan, anak di buaian mati kelaparan’. Peribahasa Bahasa Inggeris juga menyebut ‘Charity begins at home‘. Professional di kalangan Melayu tidak mengharapkan ‘sumbangan’ (hand out) tetapi usaha strategik perlu untuk menentukan kesinambungan pencernaan pembangunan yang sebelum ini berjaya mengujudkan ramai intrapreneur Melayu diteruskan, terutama apabila penekanan masakini ialah terhadap sektor perkhidmatan. Persoalan samada ‘Agenda DEB’ masih lagi ujud dan diteruskan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) masih lagi belum terjawab.
Apakah perkembangan terkini dalam Petronas ini melambangkan bahawa MEB acuan ’1 Malaysia’ ini sebenarnya secara strategiknya merugikan orang Melayu?
*Perkembangan dikemas kini 600pm
Dasar dasar ‘liberalisasi’ yang kita gunakan sekarang ini mula ‘memakan diri’, terutama datang dari ‘musuh tradisi’ orang Melayu Malaysia. Syarikat gergasi Singapura Keppel Holdings sedang mengusahakan secara licik agar penguasaan kepentingan MISC dalam usaha-sama perniagaan logistik dan depoh di Singapura diambil alih oleh mereka.
MISC merupakan anak syarikat Petronas.
Sila nantikan perkembangan selanjutnya.
Date: 2010-05-06 14:39:43
Source: Gunatenaga professional Melayu dalam Petronas peringkat tertinggi mula tiris
URL: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/05/06/gunatenaga-prof...
The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.
Please visit author's blog as a support to the author's work.
Back

