Mungkinkah skandal ‘Blok L & M’ sebab rasuah?

The 'Golden Goose' PM 'Flip-Flop' Abdullah Badawi gave away: Blocks L & M and disputed claims over Limbang
Semenjak pendedahan Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai skandal ‘Blok L & M’ jauh diluar persisiran pantai Brunei ‘hilang’ dari penguasaan Petronas dan masa yang sama, tuntutan kepada Limbang tidak digugurkan oleh Brunei, tidak sebagaimana persepsi sebilangan rakyat Malaysia semasa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sekembali dari lawatan tersebut Mac 2009, maka timbul pula pelbagai spekulasi.
Mungkinkah berlaku rasuah mengakibatkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah di’nasihat’kan untuk ‘mengadaikan hak keatas Blok L & M’ tersebut dan Petronas sebagai pembangun utama projek hidrokarbon lumayan tersebut jatuh sebagai ‘sub kontraktor’?
Jika berlaku rasuah, angkara siapa? Siapa yang beroleh begitu besar ganjaran dan mendapat kelebihan dalam pengadaian taraf Petronas sebagai pembangun utama projek? Tidakkah tindakan ini, walaupun ‘tidak sengaja’ wajar dilihat sebagai ‘Mengkhianati Negara’?
Sebagai sub-kontraktor, hasil dari pendapat jangkaan USD 100 billion dari ‘Blok L dan M’ itu semestinya makin berkurang sebagai imbuhan kepada Petronas. Ini masih lagi merugikan negara dan kemungkinan besar ada pihak yang beroleh secara peribadi dari kegagalan Petronas ini.
Walaubagaimanapun, PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak wajar menasihatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong agar satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja diujudkan segera, untuk menyiasat sepenuhnya apa yang telah berlaku dan siapa perlu bertanggung jawab.

Date: 2010-05-08 17:59:16
Source: Mungkinkah skandal ‘Blok L & M’ sebab rasuah?
URL: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/05/08/mungkinkah-skan...
The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.
Please visit author's blog as a support to the author's work.
Back