...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

PRU-13, Task Force 13: Bukan Mudah...

Pertama
BatuApi: Ibnusina pendapat MSK dan Pojie, TP adalah pendapat luar yang kurang arif situasi sebenar. Insya-Allah saya akan mengulas petikan Malaysiakini, Saya masih ada 2 artikel belum dikeluarkan lagi.
Itu komen dan respon ringkas BatuApi @ FireStone terhadap Ibnusina dalam ruangan shoutbox nya. dibawah pula artikel asal yang dikeluarkan oleh portal media Malaysiakini pada 21hb. Jun, 2010.
Blogger: 'Ada pemimpin PAS tak boleh ditegur'

Nasihat yang disuarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parti berhati-hati dengan maklumat daripada blog, mengundang reaksi negatif daripada penggiat media berkenaan.

Salah seorang pengendali blog berpendapat, pandangan Abdul Hadi seperti itu menunjukkan sikap hipokrit pemimpin PAS yang pada ketika yang lain, sibuk menguar-uarkan mengenai kebebasan media.

Mat Saman Kati, pengendali Perak Express berkata PAS sepatutnya menggunakan peluang untuk lebih mendekati golongan penulis blog dan bukannya mengambil sikap bermusuhan dengan mereka.

Katanya lagi, sikap yang ditunjukkan itu dilihat sebagai satu perkembangan baru di kalangan pemimpin PAS yang mula menyedari realiti semasa.

"Dulu tidak ada macam ini, tidak ada orang yang berani tegur pemimpin PAS atau beri peringatan. Sekarang jadi fenomena baru apabila ahli PAS kritik presiden sendiri tanpa berselindung lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, semakin ramai penyokong Pakatan Rakyat yang menulis blog apabila melihat kemenangan besar calon-calon mereka dalam pilihan raya Mac 2008.

"Harapan mereka tidak tinggi. Mereka cuma mahu lihat janji pilihan raya itu ditunaikan - janji-janji tentang kebebasan media, kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara," katanya lagi.

Bagaimanapun, ramai di kalangan penulis blog yang berasa kecewa apabila pandangan yang diketengahkan melalui blog mereka tidak dihargai oleh para pemimpin.

"(Penulis blog) rasa sumbangan mereka ini sia-sia saja, sedangkan blogger Pakatan Rakyat inilah yang giat untuk tingkatkan imej Pakatan, tapi tidak dihargai.

"Pandangan kita dibakulsampahkan, dipanggil dengan nama 'luncai', 'pengkhianat', sedangkan kita bukan hendak kutuk semata-mata. Kita juga sedia dikutuk," katanya.

Jelasnya, pemimpin berkenaan bagaimanapun enggan bekerjasama dengan mereka, sebaliknya lebih cenderung untuk bermusuhan.

"Dalam PAS, cukup jelas siapa yang menentang dan menyokong blogger. Yang menentang itu ialah geng-geng yang (usaha membentuk) kerajaan perpaduan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, (timbalannya) Nasharuddin (Mat Isa).

"Mereka inilah yang teruk dihentam oleh penulis blog kerana promosi kerajaan perpaduan (dengan Umno)," katanya lagi.

Pemimpin berkenaan juga telah dijemput menghadiri satu majlis dialog dengan penulis blog berkenaan, namun jemputan itu ditolak.

Tindakan tersebut, menurut seorang lagi penulis blog, menunjukkan sikap hipokrit oleh pemimpin tersebut.

Mohd Fauzi Mohd Azmi, yang juga dikenali sebagai Topeng Perak berkata, perhimpunan berkenaan sepatutnya menjadi satu peluang untuk pemimpin berkenaan untuk menjelaskan kedudukan sebenar kepada penulis blog - khususnya berhubung dakwaan kerjasama untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Mereka tidak kata (pertemuan dengan pemimpin Umno) itu tidak pernah berlaku, mereka cuma melarikan diri daripada menjawab.

"Akhirnya, kongres penulis blog PAS itu menjadi medan untuk mentarbiah penulis blog supaya tidak mendedahkan isu melibatkan parti dalam blog. Perbuatan ini sebenarnya menyekat kebebasan penulis blog," katanya.

Satu lagi faktor yang menjengkelkannya, katanya, ialah tindakan PAS mengamalkan 'double standard' dalam memberikan ruang kepada media dan blogger untuk membuat liputan ketika muktamar ke-55 parti itu berlangsung pada awal bulan ini.

Mohd Fauzi berkata, golongan penulis blog sepatutnya diberikan akreditasi untuk menghadiri muktamar itu sebagai petugas media ataupun sebagai pemerhati.

"Sedangkan akhbar Utusan Malaysia diberikan pas media sedangkan mereka banyak menyerang PAS.

"Penulis blog yang banyak mempertahankan PAS pula dianggap munafik, hendak memecahbelahkan parti dan hendak melaga-lagakan kepemimpinan," katanya lagi.
Temubual antara wartawan Malaysiakini dengan aku dibuat dalam 2 panggilan telifon pada hari jumaat 18hb. Jun, 2010 lebih kurang jam 3:40 petang.

Artikel dari Malaysiakini juga diulas oleh ulitmayang dalam Tranungkite Online (TKO) seperti dibawah:
Disamping itu ada juga blogger yang mengaku pro Pakatan Rakyat dan Pro PAS , juga tidak boleh ditegur. Pendapat kedua , yang berlainan dengan kefahaman dan maklumat yang dia orang ada , tidak sama dengan apa yang kita orang ada , dihentam habis – habisan. Kesian mereka , kerana mereka ini tidak berapa gemar mencari maklumat dan ilmu yang sebegitu luas. Hanya maklumat dari satu saluran sahaja yang dipegang dan dianuti mati – matian .

Maka dituduh lah kita orang sebagai munafik , agen UMNO , hendak memecahbelahkan parti dan hendak melaga-lagakan kepimpinan dan seumpamanya. Yang lebih lucu lagi , ada sebahagian dari blogger – blogger ini yang menyamar sebagai pro PR & PAS , tetapi menerusi ulasan dan komen mereka , ada kalanya dia orang gagal menyembunyikan diri , dalam keadaan gelogoh menghentam tulisan orang lain , kadang kala dan selalu terkeluar ayat – ayat yang diajar oleh tuan – tuan mereka iaitu UMNO. Tidak perlu lah disenaraikan di sini nama – nama samaran mereka itu. Boleh buat pengecaman dan pengenalpastian sendiri.

Tidak lah diketahui blogger ini sudah masak ditarbiyah oleh parti samada di Rusila , Pulau Melaka , Taman Melawati , Darul Ulum atau lain – lain tempat , atau sempat habis kitab atau tidak ni. Taksub mereka ini semacam saja.
Aku jangkakan isu ini akan jadi lebih panas memandangkan ianya melibatkan kritikan keatas Pimpinan Tertinggi PAS dan juga beberapa orang "Blogger Pro Pakatan Rakyat" khususnya PAS. siapa makan cili, dia rasa pedas...

Ulasan pendek dari ulitmayang memang sangat-sangat aku persetujui. tak dapat nak nafi dengan hujah, kalau nak nafi dengan "penafian" memang boleh sangat-sangat dan kalau nak nafi dengan "maki", lagiii la boleh sangat-sangat.

Kita tengok siapa yang makan cili... tak kan ambik masa yang lama, PASTI akan rasa pedas..!

Kedua

PRU-13 dah tak berapa lama. pada aku masa dah singkat. pada aku, dalam keadaan macam ni, Pakatan Rakyat masih belum sedia untuk berhadapan dengan UMNO/BN yang masih menguasai Media Perdana dan keseluruhan kemudahan yang ada. banyak kawasan masih gagal Pakatan Rakyat tembus. masalah dalam menarik sejumlah hampir 4 juta pengundi yang berdaftar belum selesai dan tak nampak macam ada usaha. yang ada cuma "cakap-cakap" dan "saranan".

Praktikal masih ditahap "sembang je lebih". penyampaian maklumat rasanya tak sampai pun ke tahap 75%. ada manusia-manusia di Hulu Selangor tak tahu siapa Menteri Besar Selangor, ada Pimpinan Tertinggi BN dari Sabah & Sarawak bawak bekal berkotak-kotak Maggi Segera masa melawat Negeri Kelantan sebab percaya "dakyah & propaganda" UMNO/BN bahawa Negeri Kelantan Mundur, nak cari makanan pun susah.

Kalau penyampaian malumat tak sampai tahap 75%, memang tak boleh nak tanam UMNO/BN walaupun UMNO/BN dah nak mampus. 25% yang dapat maklumat percaya 100% sebab tahu cara-cara nak pastikan maklumat tu betul ke tidak, 25% lagi maklumat sampai kepada "totok-totok" UMNO/BN... jenis "totok-totok" UMNO/BN tak payah sembang lah, ni jenis percaya Media Arus Perdana je, kalau Utusan cakap semalam dia dah mampos pun dia percaya...

Lagi 25% maklumat sampai dekat geng-geng atas pagar. hasilnya separuh percaya, separuh confius. 25% maklumat lagi tak sampai dekat sape-sape... hantu raya simpan buat pekasam.

Kalau ikut pecahan macam tu, boleh menang ke PRU-13..?

Aku baru je lepas bincang-bincang dengan geng-geng Taskforce 13 malam tadi. lepas ni akan buat 1 perjumpaan penting. harap-harap dapat selesai semua masalah. UMNO/BN dah lancar semboyan. Pakatan Rakyat..?

Kalau nak menang PRU-13, kena selesai cepat-cepat. Kita bukan setakat nak menang PRU-13, tapi kita nak MENANG BESAR. eh... korang tak muak ke dok tengok muka-muka orang UMNO/BN je dalam Media Arus Perdana..? tak de rasa nak tengok muka Pimpinan Pakatan Rakyat pulak ke dalam Media Arus Perdana lepas PRU-13..?


The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05742 saat.