...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

Hati hati dengan tilikan Piala Dunia 2010

Tiap kali Piala Dunia empat tahun sekali pasti ada banyak kelainan yang cuba dimunculkan. Kami ini antara kelainannya ialah kemunculan budaya tilikan yang dipelopori oleh Paul yang merupakan seekor sotong kurita spesies Octopus vulgaris yang buta warna.

Amat dikhuatirkan bahawa budaya atau perbuatan mempercayai tilikan sotong ini dan menjadikan ia bualan yang 'hebat' akan menjerumus kita ke syirik.Walaupun kadang kala bukan niat menyekutukan Allah seperti syirik jali namun kita mungkin terjerumus ke syirik khafi yang boleh berlaku secara tak sedar dan tidak lansung.
“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)
Mohon penguasa agama sedikit sensitif dan menyatakan pendirian segera. Malangnya penguasa agama dalam negara lebih berminat nak bina kerajaan perpaduan PAS dan Umno dari menjaga akidah umat. Dah nak habis piala dunia namun tak siapa bercakap hal ini.....


The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05775 saat.