...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

Di mana hasutan itu ?

di sini diperturunkan sekali lagi jawapan saya ke atas satu laporan polis yang dibuat oleh anak adik Menteri Besar NS. Laporan polis ini dibuat pada 11 Jun 2010, tetapi mengapa secara tiba - tiba ketika nak mulakan mesyuarat Cabang Rembau sebaik pulang dari lawatan kerja SAMM yang melibatkan 'diskusi buku Misteri Di Sebalik Pembunuhan Altantuya' Polis menyerbu dan menahan ?

Anak abang MB Ns merangkap Naib Ketua Pemuda Rembau buat laporan polis

(sila klik gambar untuk imej lebih jelas)
Anak Datuk Azman Hasan iaitu abang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merangkap Naib Ketua Pemuda Umno Rembau pada lebih kurang jam 3 petang semalam telah membuat satu laporan polis terhadap che'GuBard.

Kononya kerana menyiarkan artikel menghina Raja - raja Melayu. Klik sini artikel yang dimaksudkan.

Nak tergelak che'GuBard .... kesian Naib Ketua Pemuda Umno Rembau ini... che'GuBard pun tak faham kat mana 'menghina' yang dimaksudkan itu.

Laporan laporan polis ini hanya gimik politik. Mungkin dibuat kerana marah apabila Pusat Aduan Rakyat Rembau (kendailan KEADILAN Rembau) membangkitkan persoalan mengenai penggunaan jentera kerajaan dalam persiapan perkahwinan anak MB yang juga sepupu dia.

Tahukah dia menghina itu kalau che'GuBard panjat pagar istana dan bawa lari anak Sultan seperti yang bekas Menteri Besar Selangor buat terhadap Istana Selangor, atau pun menghina itu boleh diperjelaskan dengan penentangan jelas Umno semasa proses memesong persepsi rakyat semasa mahu meminda perlembagaan.che'GuBard harap anak buah kandung Menteri Besar NS ini mampu berfikir dan jangan bertindak dengan rentak fikiran kuno dan ketinggalan zaman. Ruang politik bagai anak muda harus mendidik massa. Harapnya cakap - cakap Pemuda Umno Rembau yang mengatakan Khairy Jamaluddin meletakkan dia di kerusi no. dua Pemuda Rembau selepas Kj sebagai ketua hanya untuk 'kautim' Menteri Besar Negeri Sembilan tidak benar.

Buat Mohamad Shafrul anak Datuk Azman, salam perkenalan.

Sekarang kita tengok berapa cekap PDRM buat kerja.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_04.htm


The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back

Copyright 2008-2010 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05513 saat.