...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

Politik Cemburu,Kata Pakatan Haprak

Pakatan haprak mengunakan dalil kononnya pihak BN dan UMNO cemburu dengan pentadbiran mereka di beberapa negeri apabila sering kali didedahkan kebobrokan mereka mengaut hasil negeri ,rasuah,kroni dan skandal.

Ibarat mendapat lesen besar bagi mereka melakukan apa saja apabila perlakuan mereka didedahkan,maka dituduhnya pihak Umno cemburu. Jika inilah dalil yang digunakan oleh mereka ,maka lebih banyak hasil wang kerajaan negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang harus dikaut habis habisan,projek dan pasir dikaut dan diambil sebanyak mungkin.

Rakyat memerhatikan dengan penuh jelek dan benci terhadap perlakuan mereka,walaupun baru 2 tahun memerintah ,pelbagai masaalah ditimbulkan malah terlalu banyak janji pilihanraya sehingga kini langsung tidak ditunaikan.

Jika politik cemburu yang diperkatakan oleh juak pakatan haprak dijadikan asas untuk mengelakkan dikritik,maka apa kurangnya mereka apabila begitu tergila gilakan mahukan Putrajaya dengan kempen 16Sept .Mereka ini ibarat meludah kelangit, setiap apa yang diperkatakan bagaikan menjilat ludah sendiri. Jijik bukan?

Haprak Daily dengan sinisnya memperlekehkan penduduk melayu Pulau Pinang apabila melabelkan orang melayu kampung saja yang menyokong UMNO,inilah bukti betapa pihak PAS lidah bercabang,semasa sesi ceramah wang kutipan derma orang kampung juga di ambil,dalam masa yang sama turut menghina golongan berpendapatan rendah.Barangkali mereka berasakan amat mudah menipu dan memperbodohkan orang kampung dengan cerita fitnah mereka.

PAS turut menjual agama dan memperlekehkan bangsa sendiri untuk meraih sokongan bukan melayu,mereka turut terhegeh hegeh mahukan sokongan orang melayu yang semua orang tahu sekarang ini sudah tidak menyokong PAS.




Pisau kata " PAS Penang jadi coffe boy Guan Eng"




The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05314 saat.