...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

Pengusaha Pasir Melayu Selangor Setuju Isu Pasir Tidak Dipolitik

KENYATAAN AKHBAR

29 JULAI 2010

Pejabat Menteri Besar Selangor dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengadakan dialog dengan Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-pengusaha Pasir Melayu Selangor (JBPPPMS) berhubung isu perlombongan pasir.

Sesi dialog ini diadakan di Pejabat Menteri Besar semalam yang dihadiri Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin manakala KSSB diwakili Pengerusinya, Shukor Nagor, Ahli Lembaga Pengarah, Shuhaimi Shafie, Pengarah, Mohd Khairudin Othman dan Pengarah Eksekutif, Ir Ramli Majed,

Pengerusi JBPPPMS, Tengku Dato’ Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim selepas sesi dialog berakhir yang diserahkan kepada Faekah.

Faekah memberi jaminan kepada JBPPPMS akan melihat secara serius cadangan yang diutarakan dan akan memberi maklum balas dalam tempoh dua minggu.

Pertemuan ini diharapkan dapat menyelesaikan beberapa isu hangat sebelum ini yang mungkin diakibatkan oleh salah faham dan salah maklumat. Kerajaan Negeri dan KSSB berterima kasih kepada JBPPPMS atas cadangan dan kritikan. Pada masa yang sama JBPPPMS menyatakan rasa penghargaan mereka kerana kesudian Pejabat Menteri Besar menerima mereka.

Kerajaan Negeri dan JBPPPMS juga sepakat bahawa isu pasir ini tidak perlu dipolitikkan sehingga mengelirukan rakyat dan mendatangkan kebimbangan di kalangan pelabur asing serta tempatan.

Kedua-dua pihak juga setuju untuk bekerja sama bagi memastikan perlombongan pasir di Selangor dijalankan secara betul dan adil supaya hasilnya dapat dimanfaatkan semua rakyat.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR



The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05729 saat.