...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

Pengetua Rasis: Kenyataan Media SABM

SABM (Saya Anak Bangsa Malaysia) Menutuk Komen Rasis Oleh Pengetua Sekolah

1. Kami berasa marah terhadap kenyataan rasis yang disyaki telah dikeluarkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra di Kulai, Johor.

2. Kami terperanjat dan kesal bahawa kenyataan penuh bisa seperti itu, telah keluar dari mulut seorang pendidik yang digalaskan tanggungjawab untuk membentuk perwatakan serta peribadi Anak – Anak Bangsa Malaysia. Apa yang lebih menyedihkan adalah kenyataan tersebut dibuat oleh Pengetua bagi sebuah sekolah yang menggunakan nama Bapa Malaysia!

3. Kami berasa sedih bahawa kenyataan tersebut, jika terbukti benar, bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukunegara yang telah di lafazkan oleh generasi demi generasi pelajar sekolah sejak 40 tahun dahulu.

4. Kami mengutuk tindak balas awal Kementerian Pendidikan yang kelihatan amat bersahaja dan tidak mengambil kira perasaan dan sensitiviti masyarakat, di mana Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa kejadian tersebut hanyalah satu 'salah faham' yang timbul akibat 'masalah komunikasi'.

5. Kami mengambil maklum, setelah reaksi serta tindak balas oleh masyarakat umum, pihak Kementerian telah mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk menyiasat kejadian tersebut

6. Kami mengalu-alukan langlah ini dan berharap Jawatankuasa Khas tersebut akan menjalankan siasatan yang adil, telus serta terperinci dan laporan jawatankuasa tersebut boleh diteliti oleh pihak awam. Kami menyeru pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan segera bagi melaksanakan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas tersebut.

7. Kami menyeru setiap warganegara Malaysia untuk menyampaikan pesanan yang jelas bahawa kita sebagai masyarakat yang sivil dan bertamadun, tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk diskriminasi perkauman yang dilihat agak ketara sejak kebelakangan ini.

Saya Anak Bangsa Malaysia [SABM]
Kuala Lumpur
20 Ogos 2010


The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05360 saat.