"Kununnya" Malaysia Sebuah Negara Islam... Tapi...
Surau Taman Pulai Impian, Sikamat dekat sini disimbah dengan cat merah dan dibaling dengan botol arak hari ini.Aku tak nak ulas panjang-panjang hal ni... malas jugak nak tuduh mana-mana pihak dalam hal ni... cuma nak sebut sikit hal yang sepatutnya berlaku dan ianya dapat mengelakkan dari perkara-perkara (sabotaj) macam ni berlaku di mana-mana rumah ibadat kita...
Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail berkata, kejadian itu disedari oleh jemaah surau semasa solat subuh pagi ini dan memaklumkan kepadanya.
"Kejadian ini saya rasa berlaku antara 3.30 pagi dan 4 pagi dan saya telah membuat laporan polis secara rasmi,” katanya kepada Bernama.
Mohd Hasbi berkata, selain empat botol arak dibaling di hadapan bangunan surau, terdapat kesan cat warna merah di dinding, lantai dan pintu cermin bahagian kanan surau.
"Saya rasa amat sedih dan kesal atas kejadian yang berlaku kerana mencemari rumah ibadat orang Islam dan kesucian bulan Ramadan,” katanya.
Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lepas.
"Saya anggap ini adalah satu perbuatan khianat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu apakah motif sebenar mereka yang melakukan kerja ini dan berharap pihak polis akan menyiasat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.
Benda paling mudah ialah - imarahkan masjid-masjid dan surau-sirau setiap masa. kalau setiap masa surau-surau atau masjid-masjid diisi dengan umat Islam yang sentiasa meluangkan masa di surau-surau dan masjid-masjid untuk beribadah, perkara macam ni agak susah nak berlaku... kalau berlaku pun, tak payah pening-pening nak cari siapa punya angkara.
Kenapa dekat Kelantan benda macam ni tak pernah berlaku..? sebabnya... surau-surau dan masjid-masjid di Kelantan sentiasa berpenghuni... tak macam tempat lain... boleh paham..?
Pembinaan surau-surau atau masjid-masjid bukan untuk bermegah-megah menunjukkan "keislaman" sesiapa... surau-surau dan masjid-masjid ialah tempat untuk umat Islam beribadah... jadi... imarahkan rumah-rumah Allah dengan aktiviti ibadah...
"Kununnya" Negara Malaysia ialah sebuah Negara Islam, agama rasminya ialah agama Islam dan majoriti penduduknya beragama Islam... Tapi...
Kenapa surau-surau dan masjid-masjid kepunyaan orang Islam paling sunyi diantara rumah-rumah ibadat di Malaysia..?
Fikir...
Date: 2010-08-24 04:33:00
Source: "Kununnya" Malaysia Sebuah Negara Islam... Tapi...
URL: http://www.perisik-rakyat.com/2010/08/kununnya-malaysia-sebu...
The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.
Please visit author's blog as a support to the author's work.
Back