...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

Husam dapat 'durian runtuh'

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Paduka Hj Husam Musa dapat 'durian runtuh' ekoran kes saman fitnah terhadapnya diselesaikan di luar mahkamah hari ini apabila si pemfitnah bersetuju untuk membayar ganti rugi kewangan yang dituntut oleh Husam.

KOTA BHARU, 24 Ogos - Kes saman fitnah oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa terhadap bekas Anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Shaari Hassan diselesai di luar mahkamah.

Keputusan itu, yang direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Zaidi Ibrahim di sini Selasa, dibuat selepas Shaari bersetuju membayar ganti rugi kewangan yang dituntut oleh Husam.

Husam, yang ditemui pada di pejabatnya, bagaimanapun enggan mengumumkan jumlah ganti rugi itu tetapi menyatakan jumlahnya "amat memuaskan hati".

Pada 25 Dis 2007, di Masjid Padang Lalang di Tanah Merah, Shaari didakwa membuat dakwaan berunsur fitnah melibatkan Husam, yang kemudiannya memfailkan saman menuntut agar Shaari memohon maaf kepadanya dan membayar sejumlah ganti rugi.

Pada prosiding hari ini Husam diwakili Hisham Fauzi manakala Shaari diwakili Azmi Abdullah.

- Bernama.


The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05673 saat.