...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

Akhirnya Kudus Bebas Dari Tuduhan Rasuah

Selepas tujuh tahun, bekas Pengarah Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad (gambar) akhirnya berpeluang meraikan Hari Raya Aidilfitri kali ini dengan lebih bermakna apabila dibebaskan daripada 24 pertuduhan rasuah.

Abdul Kudus, 47, terlepas daripada hukuman penjara 10 tahun 11 bulan dan denda RM370,000 bagi kesalahan itu setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerima rayuannya untuk mengetepikan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Ampang tahun lalu.

Hakim Mohd. Yazid Mustafa semasa membacakan penghakiman berkata, keterangan saksi utama pendakwaan, Steven @ S. Sathiasilan tidak boleh dipercayai kerana dia mempunyai kepentingan secara langsung dalam kes itu.

Beliau berpendapat, Steven adalah rakan sejenayah Abdul Kudus kerana dia terlibat secara aktif dan secara langsung dalam kesemua 24 transaksi yang melibatkan tertuduh.



The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05651 saat.