...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

Hassan Skodeng Kena Dakwa

Blogger, Hassan Skodeng atau nama sebenarnya, Irwan Abdul Rahman (gambar) hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen palsu berhubung artikel TNB to sue WWF over Earth Hour di laman blog miliknya di Internet.

Irwan, 36, yang juga merupakan editor eksekutif ruangan Lifestyle & Entertaiment akhbar The Malay Mail membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Artikel tersebut ditulis dalam bentuk berita berdasarkan satu sidang akhbar palsu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh yang kononnya menyatakan bahawa syarikat itu akan menyaman Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) berhubung kempen Earth Hour.

Mengikut pertuduhan, penulis blog itu didakwa telah membuat dan memulakan komen palsu itu di laman blog http://nose4news.wordpress.com dengan niat hendak menyakitkan hati orang lain.



The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05542 saat.