Syabu: PDRM Nafi Dakwaan Polis Indonesia

Belumpun reda kontroversi rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi membaling najis dan membakar Jalur Gemilang di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia, pihak berkuasa negara jiran itu pula dikesan cuba menghangatkan suasana.
Polis Republik Indonesia di daerah Kepulauan Riau (Polda Kepri) dalam satu kenyataannya kelmarin menuduh Malaysia sebagai negara pengeluar dadah jenis syabu terbesar di dunia.
Tuduhan itu dikeluarkan oleh seorang pegawai polis berpangkat Komisioner, Heru Nugraha dan disiarkan dalam akhbar Padang Today.
Pegawai polis itu dilaporkan mendakwa, sembilan daripada 10 suspek yang ditahan kerana menyeludup syabu ke Batam dan Kepulauan Riau berasal dari Malaysia.
Date: 2010-09-03 04:16:58
Source: Syabu: PDRM Nafi Dakwaan Polis Indonesia
URL: http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=co...
The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.
Please visit author's blog as a support to the author's work.
Back