Ketua AMK : Hasmi Hashim calon ke-3 cabar Shamsul Iskandar ?
KUALA LUMPUR, 2 Sept -- Hasmi Hashim yang tewas dalam pemilihan
jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) tiga tahun lalu akan
mengumumkan pendiriannya sama ada bertanding lagi ataupun sebaliknya
sebelum sambutan Aidilfitri minggu depan.Pendirian itu termasuklah kemungkinan bersaing jawatan pusat.
"Dalam AMK, atau di luar AMK, saya akan mengumumkan sebelum Hari Raya Aidilfitri tetapi pastinya bukan sayap wanita," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Hasmi, 34, yang kini merupakan Ketua Cabang PKR Parit Sulong berkata beliau sedang mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin parti.
"Biasanya saya berbincang dengan pemimpin-pemimpin parti," katanya lagi.
Bagaimanapun beliau menafikan pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini yang tertangguh bukan bertujuan mendapatkan "restu" beliau.
"Tidak, tidak... saya sepatutnya jumpa beliau kerana urusan parti. Bukan untuk mendapatkan restu bertanding," katanya.
Pada 2007, Shamsul Iskandar dipilih sebagai Ketua AMK setelah mengalahkan Hasmi.
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli mengumumkan akan bertanding jawatan ketua AMK kali ini.
Ketua Ekskutif Penasihat Ekonomi Selangor itu berkata keputusan menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan itu adalah dengan matlamat untuk melakukan satu perubahan dalam mendekati generasi muda.
Beliau juga mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amirudin Shari yang juga Naib Ketua AMK akan bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua AMK yang kini disandang Fariz Musa sebagai anggota pasukannya.
Kira-kira 400,000 ahli PKR akan mengundi ketika pemilihan parti November ini.
Di bawah pasukannya, ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin akan bertanding kerusi naib ketua manakala jawatan Exco AMK pula disaingi ADUN Teja Chang Lih Kang, bekas Ketua AMK Selangor Halimey Abu Bakar, Ketua Biro Integrasi
Keadilan Perak M A Tinagaran dan Pengerusi Siswazah Muda Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Saifullah Zulkifli.malaysian insider
Guna nama 'Anwar, Azizah' raih sokongan
Pemantau penjalanan pemilihan PKR Mydemocracy Watch menerima aduan berhubung dakwaan terdapat cubaan menjual nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail oleh bakal calon.
![]() |
Beliau yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, ia antara empat aduan yang diterima bagi mempengaruhi keputusan pemilihan PKR di pelbagai peringkat pada November ini.
"Tetapi kita dapat tahu, Anwar sendiri tidak pernah secara rasmi menunjukkan beliau menaja atau merestui sesiapa," katanya.
Menjelang pemilihan PKR, cakap-cakap terdapat calon yang 'direstui' Anwar mula menular dalam parti itu, terutamanya dalam persaingan merebut jawatan nombor satu dalam sayap kanannya.
Pemilihan dalam Pemuda PKR (AMK) dijangka melibatkan pertembungan empat penjuru antara anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin dan Mohd Rafizi Ramli, penyandang ketua Shamsul Iskandar Md Akin serta pemimpin cabang Hasmi Hashim.
Pendekatan proaktif, reaktif
Dalam kehangatan itu, Mohd Rafizi yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor disebut-sebut mendapat 'restu' Anwar.
![]() |
Kedua-kedua mereka bagaimapun ketika dihubungi Malaysiakini menafikan perkara itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Yusmadi menjelaskan walaupun bakal-bakal calon ke jawatan tertentu masih mengumumkan kesediaan mereka bertanding, Mydemocracy Watch tetap mengambil pendekatan proaktif dan reaktif bagi menangani kebimbangan dalam parti.
"Walaupun ia masih di peringkat cakap-cakap di kedai kopi, implikasinya tetap sama. (Ia) menyebabkan imej parti tercemar," katanya yang juga exco AMK.
Baling kerusi
Sementara itu, Yusmadi juga memberitahu, pihaknya juga menerima beberapa lagi aduan menjelang pemilihan PKR, antaranya:
- Terdapat sebuah program latihan kerajaan Selangor digunakan bagi tujuan berkempen terhadap pemimpin tertentu.
- Terdapat anggota MPP menaja calon-calon dalam pemilihan peringkat cabang di Pahang.
- Berlaku insiden baling kerusi semasa proses pencalonan di sebuah cabang di Perlis.
Sehubungan itu, Yusmadi berkata, aduan-aduan itu akan diteliti dan disalurkan kepada jawatankuasa pemilihan atau jawatankuasa disiplin PKR.
"Kita tak perlu turut baling kerusi macam di Taiwan, tak perlu pihak autokratik taja orang tertentu, tak perlu pelobi tidak beretika wujud macam di Amerika Syarikat.
"Kita patut beri ruang kepada demokrasi," katanya. Mydemocracy Watch merupakan badan pemantau urustadbir pemilihan PKR, terutama yang melibatkan amalan penyalahgunaan kuasa dan sumber kerajaan dan amalan-amalan yang tidak demokratik seperti kronisme, rasuah dan nepotisme.
Badan itu berjanji akan membela golongan yang dinafikan hak demokrasi semasa pemilihan partinya tanpa menyebelahi mana-mana kelompok berkepentingan.
Malaysiakini
Date: 2010-09-02 18:40:08
Source: Ketua AMK : Hasmi Hashim calon ke-3 cabar Shamsul Iskandar ?
URL: http://www.anwaraidc.com/2010/09/ketua-amk-hasmi-hashim-seka...
The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.
Please visit author's blog as a support to the author's work.
Back

