...Demi Negara Yang Tercinta, Dicurahkan Bakti Penuh Setia, Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kesetiaan Tak Berbelah Bagi...

Komuniti GAY Malaysia bangkit tuntut HAK

http://1.bp.blogspot.com/_A3y2ZUU08-4/TH9DvdQuxgI/AAAAAAAAEQI/BCaAB2Ph3R8/s1600/408cdb3ba9a477b481934b77c8578147.jpg
Apabila paderi homoseksual tunggal Malaysia mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan gereja 'gay' atau 'sesama jenis lelaki' yang pertama di negara ini, beliau dihujani pelbagai kritikan dan bidasan.

Namun paderi Ouyang Wen Feng tidak mengalah dalam menghadapi tindakan kerajaan dan pemimpin agama untuk mengagalkan rancangannya itu. Homoseksual adalah satu jenayah di Malaysia dan boleh dihukum sehingga 20 tahun di penjara. Menurut lapporan AFP, gereja yang ditubuhkannya itu beroperasi secara senyap di pinggir Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu dan menarik sekumpulan penganut Kristian 'gay' pada setiap Ahad dan menghadiri kelas mempelajari kita 'Injil'.

Tindakan Ouyang ini adalah hanya satu daripada tindakan beberapa pergerakkan yang berjuang untuk hak komuniti 'gay' di negara ini yang mahu hak mereka dihormati.

"Kita cuba menggalakan lebih ramai orang menyertai gereja kami,- bagi masyarakat Kristian untuk ke depan dan hidup secara semula jadi," katanya yang sebelum ini pernah berkahwin selama sembilan tahun sebelum mengumumkan bahawa beliau juga seorang homoseksual pada tahun 2006.

"Sama ada seseorang itu 'gay' atau 'straight' atau 'dwi-seksual' - ini adalah orientasi seksual, ini bukan sesuatu yang kita lakukan yang men jadikan kita seseorang 'gay'."

Ouyang berkata gerejanya juga menerima mereka yang 'dwi-seksual' dan kumpulan 'mak nyah' serta 'hetero-seksual' dan mahu golongan itu memahami bahawa mereka "tidak keseorangan dalam perjuangan mereka."

malaysiakini


The author's view does not represent the views of NegaraKita.com.

Please visit author's blog as a support to the author's work.

Back
Copyright 2008-2015 ©

MyWISE.org. All rights reserved

.
Mukasurat ini dihasilkan dalam 0.05384 saat.